Searching...
Wednesday 27 August 2014
Tuesday 26 August 2014
Monday 25 August 2014
00:30 0

Gempar! Ally Iskandar Gaduh Dgn Guard Neelofa Live!

Ally Iskandar just cakap "Eh, ada Neelofa lah". Tiba2 guard dia bangun kate "Apesal?".. Situasi ini membuatkan seluruh dewan tertumpu kepada mereka berdua, mana taknya kasar sungguh bahasa Ally sampai turun dari pentas tu. Huhu tengok video kat bawah...
Sunday 24 August 2014
19:27 0

Gambar-Gambar Pelajar Wanita Demontrasi Tidak Memakai Baju Kerana Tak Puas Hati Dengan Pemerintah

tak pakai baju
Para pelajar di Santiago, Chile, mengadakan demonstasi besar menolak sistem pendidikan yang kental dengan aroma kapitalis. Para pelajar menentang penguatkuasaan kenaikan kos pendidikan kerana hal tersebut boleh menyebabkan hanya kalangan kaya yang boleh menikmati pendidikan.
Kebijakan pemerintah terhadap sistem pendidikan menyebabkan amarah para pelajar.Aksi para pelajar di ibukota Chile ini bahkan sangat ekstrem. Para pelajar putri ramai-ramai membuka baju mereka dan hanya mengenakan pakaian dalam. Mereka menuliskan tulisan dalam bahasa latin di tubuhnya yang berarti “pendidikan membuatku telanjang dan terganggu”.


Tulisan tersebut menyindir pemerintah yang ingin mengambil keuntungan ekonomi dari pendidikan kerana biaya pendidikan yang tinggi boleh membuat kaum miskin yang peduli pendidikan tidak mampu untuk membeli pakaian kerana wang lebih diutamakan demi membayar biaya pendidikan.
Bahkan sebagian pelajar putri beraksi ekstrim dalam memprotes pemerintah agar mereformasi pendidikan (foto lainnya tidak ditampilkan disini demi kesopanan)

Sungguh beda dengan di Indonesia dimana masyarakat kita lebih mengutamakan urusan perut dibanding pendidikan untuk menaikkan harkat dan martabat mereka.
(MSN, The Guardian)
18:50 0

Anda Pasti Menyesal Melihat Gambar Selfie Gadis Cantik Ini


Ceritanya bermula begini, gadis cantik ini telah keluar bersama kawan-kawannya, mereka semua gembira keluar bersama. Gadis ini juga begitu seronok pada hari tersebut dan melangkah kepada saja dengan penuh keyakinan. Pendek kata, dia melalui antara hari yang paling baik dalam hidupnya.

Ketika pulang ke rumah untuk menamatkan hari yang indah itu, dia membuat keputusan untuk ber'selfie' dahulu sebagai ingatan sebuah hari yang baik dalam hidupnya. Namun ketika dia sedang asyik ber'selfie', tiba-tiba seekor lipas datang hinggap di kakinya, lalu menghasilkan gambar selfie di bawah ini :


Dia selepas itu menjerit, NOOOOOOO!!!!
Begitulah ceritanya.
Tuesday 19 August 2014
01:56 0

Jangan Kurang Ajar Dengan Kakitangan MAS


Nampaknya kemelut antara Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysian Airline System Berhad (MASEU) dan pengurusan tertinggi MAS semakin panas ekoran pertikaian berhubung pertemuan antara Malaysia Airline System Berhad (MAS) serta kesatuan dan persatuan kakitangan syarikat penerbangan itu.

Semua itu timbul selepas MASEU mendakwa tidak dijemput oleh pengurusan MAS untuk taklimat berhubung cadangan penstrukturan semula syarikat penerbangan kebangsaan itu.

Bagaimanapun, MAS melalui Naib Presiden dan Ketua Komunikasi Strategiknya, Datuk Najmuddin Abdullah pula memberitahu, MAS telah menelefon semua wakil kesatuan dan persatuan kakitangan untuk tujuan tersebut.

Mengulas mengenai perkara itu, Presiden MASEU, Alias Aziz berkata, Najmuddin telah membuat satu pembohongan besar kepada lebih 13,500 orang kakitangan MAS dan rakyat Malaysia.

Alias yang sudah menerajui MASEU sejak 20 tahun lalu berkata, menelefon wakil kesatuan dan persatuan MAS untuk memaklumkan apa sahaja mesyuarat bukan budaya syarikat penerbangan itu dan ia tidak pernah berlaku sama sekali.

Pada kebiasannya, sebarang jemputan mesyuarat akan dilakukan melalui emel oleh Pengurus Perhubungan Perusahaan atau Naib Presiden Perhubungan Perusahaan MAS.

"Sekarang anda tengoklah 'permainan' pengurusan MAS terhadap MASEU. Adakah satu mesyuarat penting yang berkaitan dengan masa depan kakitangan MAS dibuat dengan panggilan telefon sahaja?

"Mengapa pengurusan tidak menghantar perkhidmatan pesanan ringkas (SMS). "Apapun, saya tidak menerima sebarang panggilan untuk memberitahu tentang taklimat itu. Ini semua jalan mudah. Saya minta Najmuddin buktikan yang beliau ada menelefon saya atau mana-mana wakil MASEU. Jangan bohong kepada kakitangan MAS, jangan tipu rakyat Malaysia.

"Jangan kurang ajar dengan 13,500 kakitangan MAS, jangan sengaja wujudkan suasana tegang," katanya kepadaMalaysiaGazettesambil tidak menolak kenyataan Najmuddin itu boleh memberi imej tidak baik terhadap MASEU.

Dengan nada tenang, Alias berharap dan meminta kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan agar menilai semula tahap pengurusan sedia ada.

"Cukup-cukuplah letak barisan pengurusan yang ada. Inilah yang kami rasa, lantaran itu kami terpaksa bersuara. Sebab masalah pengurusan juga yang menyebabkan MAS rugi," ujarnya.

Alias tidak menolak kemungkinan barisan pengurusan dalam keadaan tertekan untuk mendapatkan sokongan dalam pelaksanaan pelan penstrukturan MAS seperti yang diarahkan oleh Perdana Menteri, lantaran itu tidak menjemput MASEU.

Najib dalam kenyataan media berhubung penstrukturan semula MAS mengarahkan proses tersebut mesti dilakukan secara profesional, adil, telus dan sesungguh hati.

Jelas Perdana Menteri, proses pemulihan MAS pastinya memerlukan pengorbanan serta melalui jalan yang menyakitkan namun terpaksa dilalui demi menyelamatkan syarikat penerbangan itu.

Justeru, Najib meminta semua pihak iaitu pihak pengurusan, kakitangan, kesatuan sekerja, pemberi pinjaman dan vendor bersama-sama penumpang serta rakyat Malaysia merapatkan barisan dan bekerjasama bagi memastikan hasrat untuk melihat MAS pulih semula dapat dicapai.

Sedangkan, Alias berkata, MASEU sejak sejarah kewujudannya tidak pernah melawan arus seandainya langkah-langkah atau keputusan MAS logik, benar dan realistik serta membawa faedah kepada kakitangan.

"Pengurusan MAS datang dan pergi tetapi bagi kakitangan MAS, seteruk atau seburuk mana sekalipun syarikat ini, di sinilah tempat kami mencari rezeki.

"Pengurusan MAS mungkin khuatir MASEU membantah, sebab itu kami tidak dihubungi, tidak dijemput dalam sesi taklimat itu.

"Tapi pengurusan MAS lupa, kegagalan mereka memanggil MASEU bermakna hak bersuara lebih 13,500 orang kakitangan MAS telah dinafikan," tegas Alias.

Presiden MASEU itu menambah, pihaknya tidak akan membuat apa-apa tindakan, melainkan tunggu dan melihat sahaja tindak-tanduk dan rentak pengurusan MAS berhubung isu ini. - MG
Wednesday 13 August 2014
06:14 1

SANGGUPKAH ANDA BERKAHWIN DENGAN WANITA YANG TIADA DARA?

Sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa di negara ini dalam tempoh satu jam, seramai 6 orang gadis kehilangan dara mereka. Satu kajian juga menunjukkan 15,000 anak luar nikah dilahirkan setiap tahun.

Perangkaan ini boleh menjadi satu tamparan hebat kepada kaum lelaki yang merancang untuk mendirikan rumah tangga. Ini kerana mereka bakal dihimpit dilema kerana kemungkinan memperisterikan wanita yang telah kehilangan dara sebelum waktunya.

So, persoalan kat sini, adakah lelaki zaman sekarang masih lagi mementingkan status dara pada seorang gadis? Secara ringkasnya ini adalah pendapat peribadi aku, yang mungkin mewakili pendapat sesetengah golongan lelaki.
Gambar sekadar hiasan tiada kene mengena dengan isi kandung artikel ni.

Aku rasa zaman sekarang ni pun lelaki masih lagi mementingkan status ‘dara’ seorang gadis. Bagi aku, dara tu melambangkan kesucian, maruah dan keperibadian wanita.

Bukan bermaksud wanita yang tidak mempunyai dara itu tidak suci, mungkin mereka sukakan aktiviti lasak sehinggakan tanpa disedari mereka kehilangan dara. 


Kalau macam tu, aku tetap terima melainkan perkara tersebut berlaku kerana zina. Bagi kes lain, seperti mangsa rogol, ianya terpulanglah kepada lelaki untuk menerima atau tidak.

Perlu diingatkan, kes seperti mangsa rogol ini berlaku bukan atas kehendaknya.

Sebenarnya, status dara ne perkara yang subjektif. Lain orang lain pemikirannya.

Walau bagaimanapun, Tuhan dah tentukan jodoh kita.

Macam mana sikap kita, begitulah jodoh kita.

Jadi, kalau kita mementingkan status dara atau gadis, kita sebagai lelaki kena juga mempertahankan keterunaan kita.

Walaubagaimanapun, janji Allah itu pasti, perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan sebaliknya.

Apa pandangan anda?