Searching...
Monday 11 August 2014
05:37 0

CARA MENGETAHUI AIR MA NI WANITA KELUAR!

TANDA-TANDA PEREMPUAN KELUAR AIR MA NI | Ramai suami isteri pada masa kini tidak mengetahui sama ada air ma ni isteri mereka sudah keluar ataupun tidak semasa bersetubuh. Bagaimanakah rupa air ma ni perempuan? Bagaimana hendak memastikan dan mengetahui air ma ni isteri telah keluar?
Soalan
Tuan, saya ingin dapatkan kepastian tentang ma ni perempuan. Sepertimana yang diketahui, apabila keluar ma ni lelaki atau perempuan mereka wajib mandi hadas biarpun tanpa per se tu bu han.
Walau bagaimanapun, sepanjang perhubungan saya suami isteri, kami belum dapat kenal pasti bagaimanakah rupa ma ni perempuan.
Oleh itu sukar untuk ditentukan sama ada isteri saya wajib mandi atau tidak apabila ia telah mendapat kepuasan melalui istimta’ tanpa ber se tu buh tetapi keadaannya umpama orang kepuasan setelah di se tu bu hi.
Adakah ma ni perempuan sama seperti ma ni lelaki dan apakah tanda-tanda seseorang perempuan itu telah keluar ma ni?
Adakah wajib mandi apabila seseorang perempuan itu telah kepuasan s e k s melalui hubungan istimta’ sahaja tanpa di se tu bu hi dan tiada tanda-tanda ia telah keluar ma ni?
Harap tuan dapat jelaskan dengan terperinci. Terima kasih.
Jawapan
Keluar ma ni dengan apa cara sekalipun sedikit atau banyak, warna biasa atau warna darah dalam keadaan jaga atau tidur, dengan syah wat atau tidak kecuali ma ni ji mak yang keluar semula dari fa raj wanita selepas mandi ju nub, ia tidak wajib mengulangi mandi lagi jika keluarnya tidak dengan syah wat.
Ma ni ini dapat diketahui dengan me man cut keluar atau dengan merasa lazat, atau berbau tepung ketika ia masih basah atau berbau putih telur ketika keringnya sekalipun keluarnya tiada me man cut.
Ma ni wanita sama juga, kadang-kadang tiada dapat diketahui melainkan dengan merasa lazat sahaja ketika keluarnya.
Imam Ahmad dan Nasa’i meriwayatkan: “Khaulah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang wanita yang bermimpi seperti yang dialami oleh lelaki. Nabi menjawab: ‘Dia tidak wajib mandi sehinggi ia keluar ma ni seperti juga lelaki juga tidak wajib mandi apabila ia tidak keluar ma ni ‘. “.
Oleh kerana biasanya keluar ma ni wanita sukar untuk dikesan, maka memadailah dengan merasakan lazat dan kenikmatan atau kepuasan itu membuktikan bahawa wanitanya telah keluar ma ni.
Jika demikian maka perlulah ia mengerjakan mandi wajib.
Dengan demikian lebih selamat dan terhindar dari was-was.
Wallahu A’lam

0 comments:

Post a Comment