Semalam kecoh juga dengan cerita suami Scha Al-Yahya, Awal Ashaari berang apabila ada pengikut beliau di Instagram tinggalkan komen negatif terhadap kandungan isterinya itu sehingga mengambil tindakan untuk dedahkan wajah individu tersebut sebagai pengajaran. Harap ia jadi pengajaran kepada kita bersama. Jangan nak jahat mulut sangat mengata dan menyundalkan orang lain.
Ok. Abaikan isu berkenaan. Kerana hari ini ammboi nak kongsikan 10 foto sekitar majlis baby shower yang dianjurkan khas untuk Scha oleh suami dan rakan-rakannya. Pada pengetahuan ammboi, usia kandungan yang kini sudah masuk lebih tujuh bulan dan Scha dijangka akan bersalin sekitar akhir Julai nanti.
Majlis baby shower berkenaan diadakan secara sederhana namun ammboi tidak pasti di mana lokasi ia diadakan. Tetapi majlis berkenaan tetap meriah dengan kehadiran para selebriti yang rapat dengan mereka selain rakan-rakan lain. Turut kelihatan di lokasi adalah krew penggambaran yang kami kira ditugaskan merakamkan kemeriahan majlis baby shower tersebut.
Gambar disekitar majlis baby shower Scha Al-Yahya untuk tatapan anda selepas ini.
Tidak sabar rasanya untuk melihat bayi pertama pasangan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya ini dan pastinya comel dan sihat seperti ibu bapanya.
.jpg)
Trend org yahudi semua ni
ReplyDelete